Halaman HTML Pertama Anda
12 minitPemulaHTML · CSS · JS
Dalam pelajaran ini
- ▸Tulis rangka standard halaman HTML tanpa melihat contoh
- ▸Terangkan beza antara tag, element dan attribute
- ▸Susun element bersarang (nesting) dengan betul dan tinggalkan nota menggunakan komen
Idea utama
Setiap halaman HTML ada rangka yang sama: doctype, kemudian <html> yang memegang <head> (maklumat tentang halaman) dan <body> (apa yang orang lihat). Semua benda lain duduk di dalamnya.
Dalam pelajaran lepas, anda menyunting halaman yang ditulis orang lain. Sekarang anda akan tulis sendiri. Berita baiknya: hampir setiap halaman HTML di internet bermula dengan sepuluh baris yang sama.
<!DOCTYPE html>
<html lang="en">
<head>
<meta charset="utf-8">
<title>My Page</title>
</head>
<body>
<h1>Hello!</h1>
<p>This is my first page.</p>
</body>
</html>Rangka standard HTML. Belajar sekali, guna selama-lamanya.
<!DOCTYPE html>memberitahu pelayar "ini halaman HTML moden". Ia bukan tag, cuma pengisytiharan, dan sentiasa diletakkan pada baris paling atas.<html lang="en">membalut keseluruhan halaman.langmemberitahu pembaca skrin dan alat terjemahan bahasa halaman itu (gunamsuntuk Bahasa Melayu).<head>menyimpan maklumat tentang halaman: set aksara (utf-8membolehkan anda taip apa-apa bahasa dan emoji) dan<title>yang dipaparkan pada tab pelayar.<body>menyimpan semua yang kelihatan: tajuk, teks, gambar, pautan.
Tag, element dan attribute
Tiga perkataan ini selalu tertukar, jadi ini bezanya dalam satu baris: <p class="intro">Hi</p> ialah satu element, terdiri daripada tag pembuka, kandungan dan tag penutup. Bahagian class="intro" ialah attribute: maklumat tambahan yang duduk di dalam tag pembuka.
- Tag
- Label dalam kurungan sudut. Pembuka:
<p>. Penutup:</p>(perhatikan garis miring). - Element
- Keseluruhannya: tag pembuka + kandungan + tag penutup. Inilah yang sebenarnya dibina oleh pelayar.
- Attribute
- Pasangan
nama="nilai"di dalam tag pembuka yang menambah butiran, sepertilang="en". - Void element
- Element tanpa kandungan dan tanpa tag penutup, seperti
<meta>atau<br>.
Nesting: kotak di dalam kotak
Element boleh duduk di dalam element lain. Bayangkan mangkuk tingkat: yang dibuka terakhir, ditutup dahulu. Kalau <strong> bermula di dalam <p>, ia mesti tamat di dalam <p> itu juga.
Berselirat (salah)
<p>Open <strong>every day</p></strong>Nesting yang betul
<p>Open <strong>every day</strong></p>Tutup tag mengikut susunan terbalik daripada cara anda membukanya. Inden baris yang bersarang supaya mudah dilihat.
Pelayar sangat pemaaf (terlalu pemaaf)
Kalau anda terlupa <head> atau <body>, pelayar akan meneka dan membetulkannya secara senyap. Sebab itu halaman permulaan masih dipaparkan. Tetapi tekaan boleh silap, dan alat lain (enjin carian, pembaca skrin, diri anda pada masa depan) bergantung pada struktur yang kemas. Sentiasa tulis rangka penuh.
Komen: nota untuk manusia
Apa-apa di antara <!-- dan --> ialah komen. Pelayar melangkaunya, jadi ia tidak akan muncul pada halaman. Guna komen untuk melabel bahagian atau meninggalkan peringatan. Cuma ingat, sesiapa pun masih boleh membacanya melalui View Source, jadi jangan sekali-kali letak kata laluan atau rahsia di situ.
<!-- Opening hours -->
<p>Open <strong>every day, 7am to 6pm</strong>.</p>Kod permulaan ada kandungan tetapi tiada rangka. Balut dengan betul:
1. Letak <!DOCTYPE html> pada baris pertama.
2. Tambah <html lang="en"> … </html> di sekeliling semuanya.
3. Di dalamnya, tambah <head> dengan <meta charset="utf-8"> dan <title>.
4. Pindahkan <h1> dan <p> ke dalam <body>.
Semakan
- Halaman bermula dengan doctype
- Halaman ada tag <html>, <head> dan <body>
- <html> ada attribute lang
- Halaman ada <title>
Uji kefahaman
Apa yang anda pelajari
- ✓Setiap halaman bermula dengan
<!DOCTYPE html>, kemudian<html>yang mengandungi<head>dan<body>. - ✓Element ialah tag pembuka, kandungan dan tag penutup; attribute menambah butiran pada tag pembuka.
- ✓Element bersarang ditutup mengikut susunan terbalik: yang dalam dahulu, kemudian yang luar.
- ✓
<!-- komen -->ialah nota untuk manusia, tersembunyi pada halaman tetapi kelihatan dalam kod sumber.
Output konsol daripada kod anda akan dipaparkan di sini.